Showing posts with label DIA. Show all posts
Showing posts with label DIA. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

aku,kau,dia dan segala-galanya

Aku tak tahu samaada aku seorang yg merasainya atau kau juga rasa begitu. Semuanya semakin berubah. Hakikatnya. Mungkin keadaan yang menyebabkan terjadinya begini. Dan aku mengakuinya ianya juga ciptaan aku sendiri. Mungkin aku kejam. Tapi aku tak kuat lagi untuk menjadi penyebab buat kali yang keberapa yg aku sendiri tak tahu . Entah. Aku tak terkira. Aku juga manusia biasa.
Kebahagiaan apa yang hendak aku cipta sedangkan ada hati yang terluka. Benar. Aku rindukan saat bersama kau. Tapi, mungkin ini yang terbaik buat aku,kau dan dia.
Aku tahu kau cukup gembira sekarang. Doa aku buat kau tidak pernah putus. Dan aku hanya mampu melihat kau dari jauh. Aku suka tengak kau gembira.
kau diam. aku diam. berharap kau tidak mengetahui segala ciptaan aku ini.

Wednesday, January 4, 2012

dari jauh

Aku berlayar dilautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan oleh ombak yg mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan
Aku puisikan namamu
Bersama rindu didalam sendu


















Seperti semalam dan seperti hari2 sebelumnya, adi akan hilang selepas waktu kelas. Adi tidak lagi melepak seperti biasa pada malam hari. Pelbagai alasan akan dibalas pada setiap ajakan rakan2nya. Adi tidak lagi seperti dahulu. Adi seperti hidup di dalam dunianya sendiri. Lia yg baik denganya juga tidak mengetahui mengapa adi berubah sebegitu. Mereka tidak lagi rapat seperti dahulu. Gelak tawa sepi  Diantara mereka. Tidak lagi berbalas mesej. Mesej mereka tidak lagi diselit lawak jenaka. Adi akan mengelak untuk berjumpa lia. Sesekali berjumpa adi akan menjawab setiap pertanyaan lia dengan nada yg serious. Memekakkan telinga apabila dipanggil.
Gelaran sombong mula diberikan kepada adi. Dan melekat pada adi berbulan2 lamanya. Adi pekakkan telinga. Hanya dirinya saja yg tahu apa yg terjadi. Diam. Diam bukan bererti lemah. Bukan bererti merelakan semuanya. Tetapi apakah semuanya akan berubah jika adi tidak berdiam diri ?

Semuanya kemas tersimpan dihatinya. Hanya dia yg menanggungnya seorang. Perit baginya untuk menelan. Tapi itu semua kenyataan. Ingatan adi masih segar dengan kejadian lewat petang itu.  Adi menyarungkan costume arnab dengan penuh semangat seperti hari2 sebelumnya  dan keikhlasanya untuk bekerja. Niatnya untuk menanggung pembelanjaan pelajarannya dan untuk membeli sebuah camera sebagai hadiah hari lahir lia 5bulan lagi. Dan hari ini adalah hari terakhirnya menyarung costume itu. Disebalik costume itu senyuman tidak pernah lekang dibibirnya. Kehadiran lia ditempat kerjanya mematikan senyuman adi. Lia hadir bersama rakan2 baru. Melihatkan kegembiraan dan senyuman lia membuatkan adi begitu merindui saat2 seperti itu bersama lia. Lia bercerita sambil gelak ketawa. Tiba2 salah seorang rakan lia memanggil adi untuk bergambar bersama. Adi sabar melayan kerenah mereka walaupun adi tidak menyukainya. Saat adi ingin berlalu pergi, tiba2 salah seorang rakan lia menanyakan perihal adi. Dan lia laju menyatakan adi bukanlah sahabat karibnya. Dia hanya berbuat baik dengan adi untuk kepentingan diri sendiri. Adi tersentak. Tubuhnya mengeletar. Peritnya kenyataan itu. Dan tanpa disedari laju air mata adi membasahi pipi.

Sebelum berlalu adi berpaling dan mencari wajah lia, dan pada masa yang sama juga lia memandang adi. Mereka berpandangan seketika sebelum adi mengatur langkah. Perlahan.
Malam itu, sebelum adi pulang ke rumah sewanya. Adi berdiri lama dihadapan rumah lia. Terbayang semua kenangannya bersama lia. Senyuman. Ketawa. Yg selama ini hanya palsu. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi pipinya terasa panas air matanya.

Adi tersedar dari masa lalu apabila namanya dipanggil. Langkah adi diatur laju meninggalkan suara itu. Adi amat mengenali suara itu. Setelah yakin lia tidak mencarinya lagi, adi keluar dari persembunyiannya. Disebalik tiang  besar itu adi lihat lia yg masih mencarinya. Lia, untuk apa kau mencari aku lagi ? wajah itu yg amat dirinduinya. Dia rindukan sahabatnya yg dahulu. Dan alangkah bagusnya adi tidak mengetahui kebenaran itu?
adi masih berdiri kaku dihadapan cermin itu. Lama. Dia masih berkira2 mahu membelinya atau tidak. Dihadapannya kini sebuah camera berwarna biru kesukaan lia. 6 bulan yg lalu adi dan lia sama2 berdiri dihadapan cermin itu. Dan adi masih menggingati detik itu. Adi tersenyum puas apabila melangkah keluar dari kedai itu. Esok hari lahir lia. disebalik pokok2 itu adi melihat kegembiraan lia dirai oleh rakan2nya. Adi tersenyum. Bahagianya kau. Mata adi bergenang dengan air mata. Selamat hari lahir lia , ucap adi didalam gelap itu bersama2 iringan air mata.

pagi itu, bibir adi kembali senyum seperti biasa. Rakan serumah adi turut tersenyum dan mereka juga merindui senyuman adi itu. Adi ke kelas dengan memakai baju berwarna biru dan kasut converse biru. Warna kegemaran lia. bersama2nya hadiah dan seutas surat untuk lia. adi nekad mahu berjumpa lia pada hari itu.
Adi lihat lia bersama rakan2nya di café. Langkah adi diatur kearah lia. perlahan. Mulutnya kelu untuk memanggil lia. akhirnya adi berlalu pergi. Lama kotak hadiah itu direnung olehnya. Selepas tamat kelas petang itu. Adi mengirimkan kotak hadiah itu kepada seorang rakan lia. sebelum berlalu adi menyalami semua rakan sekelasnya sambil tersenyum.
Petang itu, jalan raya tiba2 menjadi sesak. lia tidak menghiraukannya. Dan apabila kereta yg dipandu lia tiba di tempat kejadian, lia terlihat satu tubuh manusia dibawah lori balak. Lia tidak melihatnya lama. Dan kereta lia terus dipandu perlahan. Tidak jauh dari tempat kejadian lia ternampak kasut converse biru diatas jalan raya. Lia terbayangkan adi. Laju hati adi menafikannya.

Setibanya dirumah, lia segera menghidupkan laptopnya dan mencari folder yg menyimpan gambarnya bersama2 adi. Sudah lama lia tidak melihatnya. Tiba2 lia menjadi rindu lawak jenaka adi. Lia sendiri buntu kenapa adi menjauhkan diri. Lia teringatkan kenangan lalu tanpa menyedari skrin laptopnya yg mempamirkan wajahnya dan adi dipaparkan. Eh, ni budak arnab 2 kan ? ala arnab yg kita amik gambar sama2 tu la,kan lia ? tanyanya lagi. Kata2 itu berlegar2 didalam otaknya. Lia terdiam. Kejadian pada petang itu bermain didalam fikiranya. Tanpa disedari air matanya gugur membasahi pipi. Terjawablah semua persoalan perihal adi yg  bermain difikiranya. Adi… sebutnya didalam hati.
Malam itu, lia menerima berita kemalangan adi oleh rakan serumah adi. Lia terduduk di tepi dinding sambil menangis. Rasa bersalahnya bertambah menebal. Adi kritikal di hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, tidak putus2 doa lia supaya adi selamat. Lama lia berdiri disitu.
 Era menghulurkan kotak yg dikirimkan oleh adi. Lia hanya memerhatikannya.tidak berniat mahu mengambilnya. Ambillah hadiah harijadi. Katanya. Bg lia ianya tidak mempunyai makna lagi. Ambil la, daripada adi. Katanya perlahan.  Jelas kedengaran nada sebak dalam suara itu.
Dihadapan lia kini sebuah camera berwarna biru yg dulu amat diminatinya. Kau masih ingat camera ini adi. Kenapa kau masih belikan untuk aku setelah aku menyakitkan hati kau ?
Perlahan lia membuka surat adi..

Lia,
Aku tidak lg mendengar lagu SEPI setelah mengenali kau, lia. pengenalan kita yg tidak disangka2 itu menggubah hidup aku. Aku telah menganggap engkau sahabat karib dunia akhirat aku sejak kau membuat aku kembali ketawa.. Bg aku kau satu2nya sahabat aku. Hampir 5 bulan aku tidak melihat senyuman kau. Tidak mendengar suara kau ketawa. Aku begitu merindui saat2 bersama kau, sahabat. di saat aku menulis ini, aku baru sahaja pulang dari melihat kau bergembira meraikan hari kelahiran kau bersama2 rakan kau. Alangkah beruntungnya aku jika aku dapat turut serta meraikan kau. Aku terleka melihat senyuman kau di sebalik pokok td. Gembiraanya kau, lia. lia, maafkan aku kerana menghilangkan diri drpd kau dan memolak setiap ajakan kau. Bukan niat aku. Tapi, aku terpaksa. Aku terpaksa bekerja untuk menanggung segala pembelajaran aku dan untuk membeli camera ini untuk kau, lia. kerja aku sehingga lewat malam membataskan aku untuk bertemu kau seperti sebelum ini. Tiap kali sebelum tido aku akan melihat gambar2 kau. Aku akan membaca mesej2 kau kepada aku. Petang itu, aku lihat kau begitu gembira bersama2 rakan2 kau. Sehinggalah aku mendengar pengakuan kau. ….
Lia, maafkan aku. Aku pergi kerana aku tidak mahu merosakkan kebahagiaan kau. Kau sudah cukup bahagia bersama mereka. Maafkan aku kerana aku gagal menjadi sahabat yg baik untuk kau.
Lia, selamat hari lahir. Mungkin ini yg terakhir drpd aku. Maafkan aku, aku terpaksa pergi.


Dan ayat terakhir lia diiringi oleh berita kematian adi.

Suasana sepi diiringi air mata. terlayar diruang mata senyuman dan suara ketawa adi. Tanpa sedar lia tersenyum menggingatkan kenangan lalu diiringi air mata. adi..


Sunday, December 11, 2011

kau senyum aku senyum

adi memanafaatkan cuti sem kali ini dengan melawat rakan2 yg masih ada di bandar ipoh ini. 
seperti kebiasaannya apabila adi balik bercuti.

petang itu, adi memandu menuju ke tempat kerja dira. 
adi memanjatkan rasa syukur apabila hujan turun dengan lebatnya dipertenggahan jalan. 
'mujur aku memandu dan bukannya menunggang motosikal seperti selalu'. katanya di dalam hati

adi mencari parking yg paling hampir dengan pintu masuk. 
laju langkah adi melangkah di dalam hujan lebat petang itu.

tiba2 langkah adi terhenti.
didepan adi jelas kelihatan dira yg kegembiraan bersama rakan2nya.
langkah adi terhenti. lidah adi terkelu. terkaku di dalam kebasahan hujan. 
dira langsung tidak menyedari kehadiran adi disitu. dan dira melangkah pergi dari situ.

adi terkaku.
kembali menggatur langkah ke kereta. mati niatnya.
enjin kereta dihidupkan. dan sebelum berlalu, adi kembali melihat mereka.
gembiranya kau.

adi tersenyum dan berlalu pergi.


bukan cemburu jauh sekali iri hati, tetapi kau sudah cukup bahagia sekarang. merosakkan kebahagiaan orang lain bukan prinsip adi.


p/s: apa yg selalu kita angan2kan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

Thursday, November 10, 2011

kau si garang.


bila la aku dapat jumpa kau kt sini?

kau asek busy dengan pelapis kau tu je.

dah lama glerr tak jumpa kau nabilahhhhhh...!!


ak ingat lg, 

aku ada 5 adikkk!! adik ak yg mana satu?

Wednesday, October 26, 2011

ego lebih drpd perasaan


Bukan membenci, jauh sekali bermusuhan. Tapi sedarlah, fahamilah, aku juga manusia. Aku juga punya perasaan. Sampai bila kau mahu begini? Sampai bila kau harus macam ni?

Sabar.   Sabar.

Sekali dua mmg masih boleh sabar. Tapi sampai bila?

Sampai bila hati kecil ini perlu tenangkan hati sendiri menyatakan sabar itu. Sedangkan ianya masih berulang. Sampai bila aku boleh sabar?

Benar. Aku akui, tiada manusia yg sempurna. Aku juga manusia. Aku juga tidak sempurna. Aku tak harapkan untuk kau menjadi sempurna. Cukuplah kau mengerti aku ini manusia punya perasaan. Aku bukan seperti patung MCDonal itu.

Sunday, September 25, 2011

kawan senyum, kawan ketawa




Tibe2 aku teringat kejadian beberapa minggu lepas. Kelas yg sepatutnya tiada, diada-adakan. Sampai je di kelas. Aku pelik, kenapa yg lain tak ada. Selalunya wakil kelas adalah owg yg terawal sampai. Tp hari 2 wakil kelas tak ada lg. merasa ditipu mula mengguasai fikiran. Aku cuba menalifon member2 yg lain. Tetapi tidak diangkat. Mungkin dowg otw. Sehinggalah aku terfikir mahu menalifon seowg lagi. Panggilan pertama tidak diangkat. Aku tak puas hati. Dan kali kedua diangkat. Aku terus tanya tak g kelas ke? Dan soalan aku tak dijawab. Sebaliknya soalan aku dibalas soalan drpdnya. Soalan aku dijawab berdalih2. Aku mula benggang. Setelah beberapa lama, setelah didesak, barulah sidia membuat statement bahawa, kelas pada petang itu tiada. Persoalan kenapa sidia sahaja wakil perempuan yg tahu. Dan kenapa sidia tak bg tahu kepada yg lain2. Aku mula benggang yg teramat sgt. Terus terang aku cakap, selama ni owg sekeling aku bercakap tentang kau, aku hanya mendengar. Dowg benggang dengan kau dan macam2 yg aku dengar. Aku tak pernah rasa betapa benggang dengan kau macam mana dowg rasa. Mungkin kau tak sedar, kau pernah halau aku dari meja lukisan kau dulu. Mungkin ayat kau tak secara terangan. Tapi yg pasti kau menyuruh aku pergi dari meja lukisan kau. Aku tengak muka kau. Kau tekun menghabiskan lukisan kau. Aku senyum dan pergi dari meja kau. Kau tahu kenapa aku senyum? Aku terfikir, mungkin ini salah satu sebabnya yg lain mengata kau. Waktu 2 aku tak kecik hati langsung. Waktu 2, semua owg memerlukan pertolongan kau sehingga kau tak ada masa nak buat kerja sendiri. Aku tau kau tension berkeadaan begitu. Kalau aku di tempat kau pun aku akan rasa benda yg sama.


Berbalik kepada cerita pertama td.
Terus terang aku cakap, buat pertama kalinya aku bengang dengan kau. Pagi 2 kelas cancel, aku msg kau bg tahu. Tp petang tak ada kelas, langsung tak bg tahu aku. Pagi 2 aku sendiri lambat dapat tahu. Aku betul2 depan pintu masuk poli, baru aku dapat msg. dan aku tak tahu waktuitu samaada kau dah berada di kelas atau tidak. 


Dan sekarang. Anggaplah semuanya tak pernah berlaku. Manusia tetap lakukan kesalahan.



p/s: kawan waktu senang, Kawan ketawa,kawan gembira mmg banyak. Bersepah2. Boleh dapat dimana2. Kawan waktu susah, kawan menangis mmg susah nak dapat. Tak dijual dimana2. Beruntunglah siapa yg memperolehinya. Bukan tidak ikhlas,jauh sekali mengungkit. Aku akan dicari apabila mereka memerlukan pertolongan.aku akan dicari apabila mereka susah. Tapi, apabila aku memerlukan pertolongan. Tiada siapa disisi.

Wednesday, August 3, 2011

hati mati

aku bukan tak suka.
tapi aku tak nak kau rasa terluka.
bukan mudah owg lain nak terima kita.

aku tak sampai hati nak ckp apa2 bila tgk senyum kau, kegharahan kau, kesungguhan kau, dan segala2nya yg tidak pernah aku lihat sebelum ini..

kesungguhan kau
buat aku takut sendiri
kegembiraan kau
buat hati aku sayu

aku terkedu.


tapi apa yang aku takutkan terjadi juga. saat jiwanya terbuai dengan kata2, hatinya diragut kejam .

aku tahu hatinya kecewa. aku lihat senyumnya terpancar kekecewaan yang begitu berat bebannya.





Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

AYU SHITA - TUHAN BERIKAN AKU CINTA