Seminggu lebih dia pulang ke kampong… ari ini dia kembali… kembali selepas melihat kepergian insan yang tersayang.. insan yang paling bermakna dalam hidup..bukan seorang..tapi dua orang dalam masa terdekat.. andai aku berada ditempat dia sekarang mampukah aku menghadapinya..? dari jauh aku lihat dia. Dia yang sedang dikerumuni oleh rakan-rakan yang lain.. aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.. aku hanya mampu untuk melihat.. salah sorang rakan memeluk dia.. mungkin untuk satu semangat.. dia menangis dalam dakapan seorang sahabat..
menangis.
Menangis yang entah untuk kali keberapa…
Yang pasti tangisannya takkan mudah terhenti…..
Atau mungkin takkan berhenti sampai bila-bila..
Aku tahu dia tabah..dia boleh hadapi ini semua..
Aku yakin..!
Terngiang-ngiang lagi kata-kata dia..
“Aku tak boleh tengok orang sedih..”
Tabahlah wahai sahabatku…