Thursday, November 10, 2011

kau si garang.


bila la aku dapat jumpa kau kt sini?

kau asek busy dengan pelapis kau tu je.

dah lama glerr tak jumpa kau nabilahhhhhh...!!


ak ingat lg, 

aku ada 5 adikkk!! adik ak yg mana satu?

Monday, October 31, 2011

apa erti kawan

aku kenal kau akhir sem lepas. kenal besa2 je. sembang2. gelak2. walaupun aku kenal kau tak sampai setahun pun. tapi kau ok. baik. haha. 

nama: nureen kama
nama manja: nenek muscle
hobi: mengencing owg
kerjaya: kawad 24jam
saiz lenggan: besar ooo.. xxxxxxxL
hobi masa terbuang : potpetpotpet.



KAWAN

disalah ertikan oleh sesetengah owg.

rapat
naik moto bersama
saling berbalas msg
saling bercerita

BUKAN BERMASUD KAMI BERCINTA!


p/s: people stop talking nonsense!! 




Wednesday, October 26, 2011

RnR tepi highway

‘This word I never say to you. But this word easy I said to people around me. But difficult said to you.
Now I want say it.’

                                   
Aku tak tau la aku dengan kau ni sampai bila. Maksud aku sampai bila kita boleh macam ni.

Kadang2 aku pun pikir macam 2. Aku sendiri dah puas rasa sume 2. Walaupun mungkin suatu hari nanti sume ni jd kenyataan, walaupun kita tak lg berjumpa, tidak lg berbalas msg, tidak lg bergelak ketawa, cukuplah kau simpan aku didalam hati kau.

Teringat suatu masa lalu,

Aku saja ajak keluar sama2 mcm ni, manalah tau kita tak boleh macam ni lg nanti.

Bila aku pergi tempat 2 balik, aku teringat ayat yg aku pernah cakap dulu. Aku pikir2 balik, semua 2 jd kenyataan. Tak sangka ianya jadi kenyataan. Takdir tuhan. Tak siapa yg tahu.



p/s:  mfkan aku. Bercerita tentang kawan kau. Aku tau kau tak suka . tp ini kenyataan. Utk kebaikan dia jgk. 

ego lebih drpd perasaan


Bukan membenci, jauh sekali bermusuhan. Tapi sedarlah, fahamilah, aku juga manusia. Aku juga punya perasaan. Sampai bila kau mahu begini? Sampai bila kau harus macam ni?

Sabar.   Sabar.

Sekali dua mmg masih boleh sabar. Tapi sampai bila?

Sampai bila hati kecil ini perlu tenangkan hati sendiri menyatakan sabar itu. Sedangkan ianya masih berulang. Sampai bila aku boleh sabar?

Benar. Aku akui, tiada manusia yg sempurna. Aku juga manusia. Aku juga tidak sempurna. Aku tak harapkan untuk kau menjadi sempurna. Cukuplah kau mengerti aku ini manusia punya perasaan. Aku bukan seperti patung MCDonal itu.

Thursday, September 29, 2011

#presentation IBS



Segala2nya bermula apabila timbul tanda tanya sama ada reinforce itu sejenis IBS atau tidak. Ada yg cakap TIDAK, dan ada yg cakap YE. Habis segala owg yg aku kenal aku tanya. Member aku sem3. Sampai abg sebelah umh pn kteowg g tanya. Last2 tanya che an sendiri. Dan jawapannya TIDAK. Terdiam terkaku sebentar. Model dah dipotong. Nasib baik tak banyak yg dah potong. Kalau dlm situasi mcm ni aku paling malas nk tgk muka si yana ni. Muka mintak penampar 20 kali tanpa henti..!

Aku apa lagi.. start enjin moto terus kua. G lepak umh nureen. Sembang2. Dah agak2 reda ckt baru aku balik. Malam 2 jgk la cari bangunan baru. Malam 2 jgk la buat model, report dan power point. malam 2 jgk la beli barang2. Semuanya kerana pekataan reinforce.!  Padahal benda  ni kteowg dah plan dari awal lg. dan dah bermacam2 bangunan yg ditukar. Akhirnya jadilah  keje last minutes !

Sowg buat report. Sowg buat power point. yg lain buat model. Habis lintang pukang satu umah. Bersepah2. Pkul5 pg, kteowg dah surrender. Dah tak larat. Dah ting tong. Esoknya terpaksa ponteng kelas mechanics. Masing2 dah pikir mana nak cari MC. Aku ingat aku satu group je yg ponteng. Rupa2nya hampir semua tak dtg. 3 owg je yg dtg kelas.

Dengan masuk kelas lambatnya. Macam2lah. Berlari2 panjat bukit naik ke kelas. Masuk2 kelas je ada plak penilai lain selain che an. Adoii… bertambah2  nervous aku.! Yg aku dgn sakit perutnya. Yg si yana asek2 pgl aku sambil tunjuk tgn dia yg mengeletar. Sampaikan yana prezen banggunan 2 mengeletar jgk. aku yg duduk sebelah ni pun berpeluh2. Lepas prezen sume2 2 che an ckp ok good. Good? Biar betik?

Akhirnya che an buat ulasan. Dan kumpulan kteowg antara dua kumpulan yg terbaik drpd 5 kumpulan.
Fuhhhh… tak sia2 semuanya. Tak sia2 tdo 5 pg. tak sia2 usaha kteowg. Terutama skali usaha yana. Bersungguh2 dia nak buat benda ni. 


alhamdulillah.
 bersepah2.. bahan di merata2.



hasilnya. 

walaupun tak seberapa. kami tetap bangga dgn hasil kerja kami.

usaha kami.

yana.ainina.suhada.syuhada.nap.aku.




Sunday, September 25, 2011

kawan senyum, kawan ketawa




Tibe2 aku teringat kejadian beberapa minggu lepas. Kelas yg sepatutnya tiada, diada-adakan. Sampai je di kelas. Aku pelik, kenapa yg lain tak ada. Selalunya wakil kelas adalah owg yg terawal sampai. Tp hari 2 wakil kelas tak ada lg. merasa ditipu mula mengguasai fikiran. Aku cuba menalifon member2 yg lain. Tetapi tidak diangkat. Mungkin dowg otw. Sehinggalah aku terfikir mahu menalifon seowg lagi. Panggilan pertama tidak diangkat. Aku tak puas hati. Dan kali kedua diangkat. Aku terus tanya tak g kelas ke? Dan soalan aku tak dijawab. Sebaliknya soalan aku dibalas soalan drpdnya. Soalan aku dijawab berdalih2. Aku mula benggang. Setelah beberapa lama, setelah didesak, barulah sidia membuat statement bahawa, kelas pada petang itu tiada. Persoalan kenapa sidia sahaja wakil perempuan yg tahu. Dan kenapa sidia tak bg tahu kepada yg lain2. Aku mula benggang yg teramat sgt. Terus terang aku cakap, selama ni owg sekeling aku bercakap tentang kau, aku hanya mendengar. Dowg benggang dengan kau dan macam2 yg aku dengar. Aku tak pernah rasa betapa benggang dengan kau macam mana dowg rasa. Mungkin kau tak sedar, kau pernah halau aku dari meja lukisan kau dulu. Mungkin ayat kau tak secara terangan. Tapi yg pasti kau menyuruh aku pergi dari meja lukisan kau. Aku tengak muka kau. Kau tekun menghabiskan lukisan kau. Aku senyum dan pergi dari meja kau. Kau tahu kenapa aku senyum? Aku terfikir, mungkin ini salah satu sebabnya yg lain mengata kau. Waktu 2 aku tak kecik hati langsung. Waktu 2, semua owg memerlukan pertolongan kau sehingga kau tak ada masa nak buat kerja sendiri. Aku tau kau tension berkeadaan begitu. Kalau aku di tempat kau pun aku akan rasa benda yg sama.


Berbalik kepada cerita pertama td.
Terus terang aku cakap, buat pertama kalinya aku bengang dengan kau. Pagi 2 kelas cancel, aku msg kau bg tahu. Tp petang tak ada kelas, langsung tak bg tahu aku. Pagi 2 aku sendiri lambat dapat tahu. Aku betul2 depan pintu masuk poli, baru aku dapat msg. dan aku tak tahu waktuitu samaada kau dah berada di kelas atau tidak. 


Dan sekarang. Anggaplah semuanya tak pernah berlaku. Manusia tetap lakukan kesalahan.



p/s: kawan waktu senang, Kawan ketawa,kawan gembira mmg banyak. Bersepah2. Boleh dapat dimana2. Kawan waktu susah, kawan menangis mmg susah nak dapat. Tak dijual dimana2. Beruntunglah siapa yg memperolehinya. Bukan tidak ikhlas,jauh sekali mengungkit. Aku akan dicari apabila mereka memerlukan pertolongan.aku akan dicari apabila mereka susah. Tapi, apabila aku memerlukan pertolongan. Tiada siapa disisi.

Friday, September 23, 2011

kau jaga diri

dulu dia lain. dia tak macam ni dulu. dia lain. sungguh berbeza.


dia tak macam ni dulu. tapi kenapa sekarang dia berubah?


sedikit sebanyak aku rasa teramat bersalah. aku tertanya2 sendiri. sebab aku ke? sebab aku buat kau macam 2 ke? dulu, dia akan bercerita pada aku apa sahaja. apa yg dia ingin luahkan. apa yg dia rasa. apa yg merungsingkan dia. apa yg dia pikir. apa yg bersarang dalam fikiran disebalik senyumannya, ketawanya.. tapi itu dulu. 2 3 bulan yg lepas. sekarang tidak lagi. aku sendiri tak tahu apa yg aku buat padanya. yg pasti itu bukan  niat aku. bukan niat aku.

aku bukan siapa2. tolong jgn hancurkan hidup sendiri apabila hilang kawan macam aku. aku tetap anggap kau kawan aku. cuma kita tak boleh seperti dahulu. tolong jangan tanya aku kenapa. aku sendiri tiada jawapannya.


aku sendiri tak tahu bila penghujungnya. apa akhirnya. aku tiada jawapannya.