Mempunyai empat paper dalam masa empat hari adalah satu perkara yg memenatkan. Setiap malam aku tak boleh tido. 3 4 pagi baru aku boleh tido. Tak tahu la apsal. Tak kan excited nk jawab exam kot.? Erm.. tak la, yg pasti ianya mmg memenatkan. Otak betul2 stress. Tak ada masa langsung nak rest. Hari ke3 untuk paper yg ke5, aku betul2 dah tak larat. Sakit kepala yg teramat sgt. Badan rasa nak demam. Lepas paper contract aku terus tido. Aku tahu member aku otw balik masa 2. Tapi aku tak amik dia macam biasa. Rasa lain pulak. Mungkin selepas kejadiaan 2. Yg pasti aku tak ada masalah nak amik dia. tp kebetulan hari 2 aku betul2 tak larat. Dia call suruh aku amik kt depan, aku pergi jugak. Sekurang2nya aku amik dia jugak.
Esoknya, aku otw nak ke poli, tp kau otw nak balik cuti. Kau abis exam dulu. Kau tanya tak nak jumpa kau ke? Aku tanya buat apa nak jumpa kau. Kau betul ke nak aku jumpa kau sebelum balik hari 2? Kalau exam aku tak bertembung dengan kau mmg aku dah jumpa kau pun. Bila aku abis exam, aku baca msg kau. Kau dah dalam bus.
Kau ada tuliskan dekat buku aku 1 ayat. Esoknya hari pertama aku exam. Aku mmg berdebar2 nak jawab exam pg 2. Pg 2, sebelum aku naik moto nk g poli. Aku dapat msg kau. Kau wish good luck untuk aku. Dalam berdebar2 aku pg 2, kau buat aku senyum. Abis exam terus aku rasa nak muntah. Mungkin sbb aku tak boleh tido mlm 2.
Baru 2 hari sampai ipoh, aku demam teruk. Seminggu aku demam. Ubat dah abis, tp demam masih tak kebah. Hari ahad, aku g kenduri kawan sekolah aku tunang dekat Kampar. Otw balik 2, aku cakap nak muntah. Kebetulan mmg betul2 dah sampai hentian simpang pulai. Tapi tak sempat nak tahan. Aku terus termuntah dalam keta abg wan. Bukan sikit2 aku muntah. Maklumlah baru lepas makan kenduri. dan ak mghabiskan cuti sem ak dgn melayan badan yg demam..
No comments:
Post a Comment