Aku berlayar dilautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan oleh ombak yg mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan
Aku puisikan namamu
Bersama rindu didalam sendu
Seperti semalam dan seperti hari2 sebelumnya, adi akan hilang selepas waktu kelas. Adi tidak lagi melepak seperti biasa pada malam hari. Pelbagai alasan akan dibalas pada setiap ajakan rakan2nya. Adi tidak lagi seperti dahulu. Adi seperti hidup di dalam dunianya sendiri. Lia yg baik denganya juga tidak mengetahui mengapa adi berubah sebegitu. Mereka tidak lagi rapat seperti dahulu. Gelak tawa sepi Diantara mereka. Tidak lagi berbalas mesej. Mesej mereka tidak lagi diselit lawak jenaka. Adi akan mengelak untuk berjumpa lia. Sesekali berjumpa adi akan menjawab setiap pertanyaan lia dengan nada yg serious. Memekakkan telinga apabila dipanggil.
Gelaran sombong mula diberikan kepada adi. Dan melekat pada adi berbulan2 lamanya. Adi pekakkan telinga. Hanya dirinya saja yg tahu apa yg terjadi. Diam. Diam bukan bererti lemah. Bukan bererti merelakan semuanya. Tetapi apakah semuanya akan berubah jika adi tidak berdiam diri ?
Semuanya kemas tersimpan dihatinya. Hanya dia yg menanggungnya seorang. Perit baginya untuk menelan. Tapi itu semua kenyataan. Ingatan adi masih segar dengan kejadian lewat petang itu. Adi menyarungkan costume arnab dengan penuh semangat seperti hari2 sebelumnya dan keikhlasanya untuk bekerja. Niatnya untuk menanggung pembelanjaan pelajarannya dan untuk membeli sebuah camera sebagai hadiah hari lahir lia 5bulan lagi. Dan hari ini adalah hari terakhirnya menyarung costume itu. Disebalik costume itu senyuman tidak pernah lekang dibibirnya. Kehadiran lia ditempat kerjanya mematikan senyuman adi. Lia hadir bersama rakan2 baru. Melihatkan kegembiraan dan senyuman lia membuatkan adi begitu merindui saat2 seperti itu bersama lia. Lia bercerita sambil gelak ketawa. Tiba2 salah seorang rakan lia memanggil adi untuk bergambar bersama. Adi sabar melayan kerenah mereka walaupun adi tidak menyukainya. Saat adi ingin berlalu pergi, tiba2 salah seorang rakan lia menanyakan perihal adi. Dan lia laju menyatakan adi bukanlah sahabat karibnya. Dia hanya berbuat baik dengan adi untuk kepentingan diri sendiri. Adi tersentak. Tubuhnya mengeletar. Peritnya kenyataan itu. Dan tanpa disedari laju air mata adi membasahi pipi.
Sebelum berlalu adi berpaling dan mencari wajah lia, dan pada masa yang sama juga lia memandang adi. Mereka berpandangan seketika sebelum adi mengatur langkah. Perlahan.
Malam itu, sebelum adi pulang ke rumah sewanya. Adi berdiri lama dihadapan rumah lia. Terbayang semua kenangannya bersama lia. Senyuman. Ketawa. Yg selama ini hanya palsu. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi pipinya terasa panas air matanya.
Adi tersedar dari masa lalu apabila namanya dipanggil. Langkah adi diatur laju meninggalkan suara itu. Adi amat mengenali suara itu. Setelah yakin lia tidak mencarinya lagi, adi keluar dari persembunyiannya. Disebalik tiang besar itu adi lihat lia yg masih mencarinya. Lia, untuk apa kau mencari aku lagi ? wajah itu yg amat dirinduinya. Dia rindukan sahabatnya yg dahulu. Dan alangkah bagusnya adi tidak mengetahui kebenaran itu?
adi masih berdiri kaku dihadapan cermin itu. Lama. Dia masih berkira2 mahu membelinya atau tidak. Dihadapannya kini sebuah camera berwarna biru kesukaan lia. 6 bulan yg lalu adi dan lia sama2 berdiri dihadapan cermin itu. Dan adi masih menggingati detik itu. Adi tersenyum puas apabila melangkah keluar dari kedai itu. Esok hari lahir lia. disebalik pokok2 itu adi melihat kegembiraan lia dirai oleh rakan2nya. Adi tersenyum. Bahagianya kau. Mata adi bergenang dengan air mata. Selamat hari lahir lia , ucap adi didalam gelap itu bersama2 iringan air mata.
pagi itu, bibir adi kembali senyum seperti biasa. Rakan serumah adi turut tersenyum dan mereka juga merindui senyuman adi itu. Adi ke kelas dengan memakai baju berwarna biru dan kasut converse biru. Warna kegemaran lia. bersama2nya hadiah dan seutas surat untuk lia. adi nekad mahu berjumpa lia pada hari itu.
Adi lihat lia bersama rakan2nya di café. Langkah adi diatur kearah lia. perlahan. Mulutnya kelu untuk memanggil lia. akhirnya adi berlalu pergi. Lama kotak hadiah itu direnung olehnya. Selepas tamat kelas petang itu. Adi mengirimkan kotak hadiah itu kepada seorang rakan lia. sebelum berlalu adi menyalami semua rakan sekelasnya sambil tersenyum.
Petang itu, jalan raya tiba2 menjadi sesak. lia tidak menghiraukannya. Dan apabila kereta yg dipandu lia tiba di tempat kejadian, lia terlihat satu tubuh manusia dibawah lori balak. Lia tidak melihatnya lama. Dan kereta lia terus dipandu perlahan. Tidak jauh dari tempat kejadian lia ternampak kasut converse biru diatas jalan raya. Lia terbayangkan adi. Laju hati adi menafikannya.
Setibanya dirumah, lia segera menghidupkan laptopnya dan mencari folder yg menyimpan gambarnya bersama2 adi. Sudah lama lia tidak melihatnya. Tiba2 lia menjadi rindu lawak jenaka adi. Lia sendiri buntu kenapa adi menjauhkan diri. Lia teringatkan kenangan lalu tanpa menyedari skrin laptopnya yg mempamirkan wajahnya dan adi dipaparkan. Eh, ni budak arnab 2 kan ? ala arnab yg kita amik gambar sama2 tu la,kan lia ? tanyanya lagi. Kata2 itu berlegar2 didalam otaknya. Lia terdiam. Kejadian pada petang itu bermain didalam fikiranya. Tanpa disedari air matanya gugur membasahi pipi. Terjawablah semua persoalan perihal adi yg bermain difikiranya. Adi… sebutnya didalam hati.
Malam itu, lia menerima berita kemalangan adi oleh rakan serumah adi. Lia terduduk di tepi dinding sambil menangis. Rasa bersalahnya bertambah menebal. Adi kritikal di hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, tidak putus2 doa lia supaya adi selamat. Lama lia berdiri disitu.
Era menghulurkan kotak yg dikirimkan oleh adi. Lia hanya memerhatikannya.tidak berniat mahu mengambilnya. Ambillah hadiah harijadi. Katanya. Bg lia ianya tidak mempunyai makna lagi. Ambil la, daripada adi. Katanya perlahan. Jelas kedengaran nada sebak dalam suara itu.
Dihadapan lia kini sebuah camera berwarna biru yg dulu amat diminatinya. Kau masih ingat camera ini adi. Kenapa kau masih belikan untuk aku setelah aku menyakitkan hati kau ?
Perlahan lia membuka surat adi..
Lia,
Aku tidak lg mendengar lagu SEPI setelah mengenali kau, lia. pengenalan kita yg tidak disangka2 itu menggubah hidup aku. Aku telah menganggap engkau sahabat karib dunia akhirat aku sejak kau membuat aku kembali ketawa.. Bg aku kau satu2nya sahabat aku. Hampir 5 bulan aku tidak melihat senyuman kau. Tidak mendengar suara kau ketawa. Aku begitu merindui saat2 bersama kau, sahabat. di saat aku menulis ini, aku baru sahaja pulang dari melihat kau bergembira meraikan hari kelahiran kau bersama2 rakan kau. Alangkah beruntungnya aku jika aku dapat turut serta meraikan kau. Aku terleka melihat senyuman kau di sebalik pokok td. Gembiraanya kau, lia. lia, maafkan aku kerana menghilangkan diri drpd kau dan memolak setiap ajakan kau. Bukan niat aku. Tapi, aku terpaksa. Aku terpaksa bekerja untuk menanggung segala pembelajaran aku dan untuk membeli camera ini untuk kau, lia. kerja aku sehingga lewat malam membataskan aku untuk bertemu kau seperti sebelum ini. Tiap kali sebelum tido aku akan melihat gambar2 kau. Aku akan membaca mesej2 kau kepada aku. Petang itu, aku lihat kau begitu gembira bersama2 rakan2 kau. Sehinggalah aku mendengar pengakuan kau. ….
Lia, maafkan aku. Aku pergi kerana aku tidak mahu merosakkan kebahagiaan kau. Kau sudah cukup bahagia bersama mereka. Maafkan aku kerana aku gagal menjadi sahabat yg baik untuk kau.
Lia, selamat hari lahir. Mungkin ini yg terakhir drpd aku. Maafkan aku, aku terpaksa pergi.
Dan ayat terakhir lia diiringi oleh berita kematian adi.
Suasana sepi diiringi air mata. terlayar diruang mata senyuman dan suara ketawa adi. Tanpa sedar lia tersenyum menggingatkan kenangan lalu diiringi air mata. adi..
sad ending......... boleh la jd penulis novel nih..
ReplyDelete