Tuesday, January 10, 2012

aku,kau,dia dan segala-galanya

Aku tak tahu samaada aku seorang yg merasainya atau kau juga rasa begitu. Semuanya semakin berubah. Hakikatnya. Mungkin keadaan yang menyebabkan terjadinya begini. Dan aku mengakuinya ianya juga ciptaan aku sendiri. Mungkin aku kejam. Tapi aku tak kuat lagi untuk menjadi penyebab buat kali yang keberapa yg aku sendiri tak tahu . Entah. Aku tak terkira. Aku juga manusia biasa.
Kebahagiaan apa yang hendak aku cipta sedangkan ada hati yang terluka. Benar. Aku rindukan saat bersama kau. Tapi, mungkin ini yang terbaik buat aku,kau dan dia.
Aku tahu kau cukup gembira sekarang. Doa aku buat kau tidak pernah putus. Dan aku hanya mampu melihat kau dari jauh. Aku suka tengak kau gembira.
kau diam. aku diam. berharap kau tidak mengetahui segala ciptaan aku ini.

Wednesday, January 4, 2012

dari jauh

Aku berlayar dilautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan oleh ombak yg mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan tujuan
Aku puisikan namamu
Bersama rindu didalam sendu


















Seperti semalam dan seperti hari2 sebelumnya, adi akan hilang selepas waktu kelas. Adi tidak lagi melepak seperti biasa pada malam hari. Pelbagai alasan akan dibalas pada setiap ajakan rakan2nya. Adi tidak lagi seperti dahulu. Adi seperti hidup di dalam dunianya sendiri. Lia yg baik denganya juga tidak mengetahui mengapa adi berubah sebegitu. Mereka tidak lagi rapat seperti dahulu. Gelak tawa sepi  Diantara mereka. Tidak lagi berbalas mesej. Mesej mereka tidak lagi diselit lawak jenaka. Adi akan mengelak untuk berjumpa lia. Sesekali berjumpa adi akan menjawab setiap pertanyaan lia dengan nada yg serious. Memekakkan telinga apabila dipanggil.
Gelaran sombong mula diberikan kepada adi. Dan melekat pada adi berbulan2 lamanya. Adi pekakkan telinga. Hanya dirinya saja yg tahu apa yg terjadi. Diam. Diam bukan bererti lemah. Bukan bererti merelakan semuanya. Tetapi apakah semuanya akan berubah jika adi tidak berdiam diri ?

Semuanya kemas tersimpan dihatinya. Hanya dia yg menanggungnya seorang. Perit baginya untuk menelan. Tapi itu semua kenyataan. Ingatan adi masih segar dengan kejadian lewat petang itu.  Adi menyarungkan costume arnab dengan penuh semangat seperti hari2 sebelumnya  dan keikhlasanya untuk bekerja. Niatnya untuk menanggung pembelanjaan pelajarannya dan untuk membeli sebuah camera sebagai hadiah hari lahir lia 5bulan lagi. Dan hari ini adalah hari terakhirnya menyarung costume itu. Disebalik costume itu senyuman tidak pernah lekang dibibirnya. Kehadiran lia ditempat kerjanya mematikan senyuman adi. Lia hadir bersama rakan2 baru. Melihatkan kegembiraan dan senyuman lia membuatkan adi begitu merindui saat2 seperti itu bersama lia. Lia bercerita sambil gelak ketawa. Tiba2 salah seorang rakan lia memanggil adi untuk bergambar bersama. Adi sabar melayan kerenah mereka walaupun adi tidak menyukainya. Saat adi ingin berlalu pergi, tiba2 salah seorang rakan lia menanyakan perihal adi. Dan lia laju menyatakan adi bukanlah sahabat karibnya. Dia hanya berbuat baik dengan adi untuk kepentingan diri sendiri. Adi tersentak. Tubuhnya mengeletar. Peritnya kenyataan itu. Dan tanpa disedari laju air mata adi membasahi pipi.

Sebelum berlalu adi berpaling dan mencari wajah lia, dan pada masa yang sama juga lia memandang adi. Mereka berpandangan seketika sebelum adi mengatur langkah. Perlahan.
Malam itu, sebelum adi pulang ke rumah sewanya. Adi berdiri lama dihadapan rumah lia. Terbayang semua kenangannya bersama lia. Senyuman. Ketawa. Yg selama ini hanya palsu. Dalam perjalanan pulang, sekali lagi pipinya terasa panas air matanya.

Adi tersedar dari masa lalu apabila namanya dipanggil. Langkah adi diatur laju meninggalkan suara itu. Adi amat mengenali suara itu. Setelah yakin lia tidak mencarinya lagi, adi keluar dari persembunyiannya. Disebalik tiang  besar itu adi lihat lia yg masih mencarinya. Lia, untuk apa kau mencari aku lagi ? wajah itu yg amat dirinduinya. Dia rindukan sahabatnya yg dahulu. Dan alangkah bagusnya adi tidak mengetahui kebenaran itu?
adi masih berdiri kaku dihadapan cermin itu. Lama. Dia masih berkira2 mahu membelinya atau tidak. Dihadapannya kini sebuah camera berwarna biru kesukaan lia. 6 bulan yg lalu adi dan lia sama2 berdiri dihadapan cermin itu. Dan adi masih menggingati detik itu. Adi tersenyum puas apabila melangkah keluar dari kedai itu. Esok hari lahir lia. disebalik pokok2 itu adi melihat kegembiraan lia dirai oleh rakan2nya. Adi tersenyum. Bahagianya kau. Mata adi bergenang dengan air mata. Selamat hari lahir lia , ucap adi didalam gelap itu bersama2 iringan air mata.

pagi itu, bibir adi kembali senyum seperti biasa. Rakan serumah adi turut tersenyum dan mereka juga merindui senyuman adi itu. Adi ke kelas dengan memakai baju berwarna biru dan kasut converse biru. Warna kegemaran lia. bersama2nya hadiah dan seutas surat untuk lia. adi nekad mahu berjumpa lia pada hari itu.
Adi lihat lia bersama rakan2nya di café. Langkah adi diatur kearah lia. perlahan. Mulutnya kelu untuk memanggil lia. akhirnya adi berlalu pergi. Lama kotak hadiah itu direnung olehnya. Selepas tamat kelas petang itu. Adi mengirimkan kotak hadiah itu kepada seorang rakan lia. sebelum berlalu adi menyalami semua rakan sekelasnya sambil tersenyum.
Petang itu, jalan raya tiba2 menjadi sesak. lia tidak menghiraukannya. Dan apabila kereta yg dipandu lia tiba di tempat kejadian, lia terlihat satu tubuh manusia dibawah lori balak. Lia tidak melihatnya lama. Dan kereta lia terus dipandu perlahan. Tidak jauh dari tempat kejadian lia ternampak kasut converse biru diatas jalan raya. Lia terbayangkan adi. Laju hati adi menafikannya.

Setibanya dirumah, lia segera menghidupkan laptopnya dan mencari folder yg menyimpan gambarnya bersama2 adi. Sudah lama lia tidak melihatnya. Tiba2 lia menjadi rindu lawak jenaka adi. Lia sendiri buntu kenapa adi menjauhkan diri. Lia teringatkan kenangan lalu tanpa menyedari skrin laptopnya yg mempamirkan wajahnya dan adi dipaparkan. Eh, ni budak arnab 2 kan ? ala arnab yg kita amik gambar sama2 tu la,kan lia ? tanyanya lagi. Kata2 itu berlegar2 didalam otaknya. Lia terdiam. Kejadian pada petang itu bermain didalam fikiranya. Tanpa disedari air matanya gugur membasahi pipi. Terjawablah semua persoalan perihal adi yg  bermain difikiranya. Adi… sebutnya didalam hati.
Malam itu, lia menerima berita kemalangan adi oleh rakan serumah adi. Lia terduduk di tepi dinding sambil menangis. Rasa bersalahnya bertambah menebal. Adi kritikal di hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, tidak putus2 doa lia supaya adi selamat. Lama lia berdiri disitu.
 Era menghulurkan kotak yg dikirimkan oleh adi. Lia hanya memerhatikannya.tidak berniat mahu mengambilnya. Ambillah hadiah harijadi. Katanya. Bg lia ianya tidak mempunyai makna lagi. Ambil la, daripada adi. Katanya perlahan.  Jelas kedengaran nada sebak dalam suara itu.
Dihadapan lia kini sebuah camera berwarna biru yg dulu amat diminatinya. Kau masih ingat camera ini adi. Kenapa kau masih belikan untuk aku setelah aku menyakitkan hati kau ?
Perlahan lia membuka surat adi..

Lia,
Aku tidak lg mendengar lagu SEPI setelah mengenali kau, lia. pengenalan kita yg tidak disangka2 itu menggubah hidup aku. Aku telah menganggap engkau sahabat karib dunia akhirat aku sejak kau membuat aku kembali ketawa.. Bg aku kau satu2nya sahabat aku. Hampir 5 bulan aku tidak melihat senyuman kau. Tidak mendengar suara kau ketawa. Aku begitu merindui saat2 bersama kau, sahabat. di saat aku menulis ini, aku baru sahaja pulang dari melihat kau bergembira meraikan hari kelahiran kau bersama2 rakan kau. Alangkah beruntungnya aku jika aku dapat turut serta meraikan kau. Aku terleka melihat senyuman kau di sebalik pokok td. Gembiraanya kau, lia. lia, maafkan aku kerana menghilangkan diri drpd kau dan memolak setiap ajakan kau. Bukan niat aku. Tapi, aku terpaksa. Aku terpaksa bekerja untuk menanggung segala pembelajaran aku dan untuk membeli camera ini untuk kau, lia. kerja aku sehingga lewat malam membataskan aku untuk bertemu kau seperti sebelum ini. Tiap kali sebelum tido aku akan melihat gambar2 kau. Aku akan membaca mesej2 kau kepada aku. Petang itu, aku lihat kau begitu gembira bersama2 rakan2 kau. Sehinggalah aku mendengar pengakuan kau. ….
Lia, maafkan aku. Aku pergi kerana aku tidak mahu merosakkan kebahagiaan kau. Kau sudah cukup bahagia bersama mereka. Maafkan aku kerana aku gagal menjadi sahabat yg baik untuk kau.
Lia, selamat hari lahir. Mungkin ini yg terakhir drpd aku. Maafkan aku, aku terpaksa pergi.


Dan ayat terakhir lia diiringi oleh berita kematian adi.

Suasana sepi diiringi air mata. terlayar diruang mata senyuman dan suara ketawa adi. Tanpa sedar lia tersenyum menggingatkan kenangan lalu diiringi air mata. adi..





bisik hati tak siapa tahu


senyum tak bererti segala-galanya baik, ketawa tak bererti bahagia, diam tak bererti menggalah

Saturday, December 24, 2011

light







you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you








it's hard to say 
 good bye

Sunday, December 11, 2011

kau senyum aku senyum

adi memanafaatkan cuti sem kali ini dengan melawat rakan2 yg masih ada di bandar ipoh ini. 
seperti kebiasaannya apabila adi balik bercuti.

petang itu, adi memandu menuju ke tempat kerja dira. 
adi memanjatkan rasa syukur apabila hujan turun dengan lebatnya dipertenggahan jalan. 
'mujur aku memandu dan bukannya menunggang motosikal seperti selalu'. katanya di dalam hati

adi mencari parking yg paling hampir dengan pintu masuk. 
laju langkah adi melangkah di dalam hujan lebat petang itu.

tiba2 langkah adi terhenti.
didepan adi jelas kelihatan dira yg kegembiraan bersama rakan2nya.
langkah adi terhenti. lidah adi terkelu. terkaku di dalam kebasahan hujan. 
dira langsung tidak menyedari kehadiran adi disitu. dan dira melangkah pergi dari situ.

adi terkaku.
kembali menggatur langkah ke kereta. mati niatnya.
enjin kereta dihidupkan. dan sebelum berlalu, adi kembali melihat mereka.
gembiranya kau.

adi tersenyum dan berlalu pergi.


bukan cemburu jauh sekali iri hati, tetapi kau sudah cukup bahagia sekarang. merosakkan kebahagiaan orang lain bukan prinsip adi.


p/s: apa yg selalu kita angan2kan tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

mmg seronok abiskan cuti dgn demam.

Mempunyai empat paper dalam masa empat hari adalah satu perkara yg memenatkan. Setiap malam aku tak boleh tido. 3 4 pagi baru aku boleh tido. Tak tahu la apsal. Tak kan excited nk jawab exam kot.? Erm.. tak la, yg pasti ianya mmg memenatkan. Otak betul2 stress. Tak ada masa langsung nak rest. Hari ke3 untuk paper yg ke5, aku betul2 dah tak larat. Sakit kepala yg teramat sgt. Badan rasa nak demam. Lepas paper contract aku terus tido. Aku tahu member aku otw balik masa 2. Tapi aku tak amik dia macam biasa. Rasa lain pulak. Mungkin selepas kejadiaan 2. Yg pasti aku tak ada masalah nak amik dia. tp kebetulan hari 2 aku betul2 tak larat. Dia call suruh aku amik kt depan, aku pergi jugak. Sekurang2nya aku amik dia jugak.

Esoknya, aku otw nak ke poli, tp kau otw nak balik cuti. Kau abis exam dulu. Kau tanya tak nak jumpa kau ke? Aku tanya buat apa nak jumpa kau. Kau betul ke nak aku jumpa kau sebelum balik hari 2? Kalau exam aku tak bertembung dengan kau mmg aku dah jumpa kau pun. Bila aku abis exam, aku baca msg kau. Kau dah dalam bus.

Kau ada tuliskan dekat buku aku 1 ayat. Esoknya hari pertama aku exam. Aku mmg berdebar2 nak jawab exam pg 2. Pg 2, sebelum aku naik moto nk g poli. Aku dapat msg kau. Kau wish good luck untuk aku. Dalam berdebar2 aku pg 2, kau buat aku senyum. Abis exam terus aku rasa nak muntah. Mungkin sbb aku tak boleh tido mlm 2.

Baru 2 hari sampai ipoh, aku demam teruk. Seminggu aku demam. Ubat dah abis, tp demam masih tak kebah. Hari ahad, aku g kenduri kawan sekolah aku tunang dekat Kampar. Otw balik 2, aku cakap nak muntah. Kebetulan mmg betul2 dah sampai hentian simpang pulai. Tapi tak sempat nak tahan. Aku terus termuntah dalam keta abg wan. Bukan sikit2 aku muntah. Maklumlah baru lepas makan kenduri. dan ak mghabiskan cuti sem ak dgn melayan badan yg demam.. 

Friday, November 18, 2011

games baru.


Aku tak tau la apsal member2 aku suka sgt main game tukar2 baju, tanam2 pokok siap berkebun lg kt dalam fb tu. Mcm mne la boleh terjebak dengan game2 yg mcm 2. Tade ke game yg adventure sikit.? Sampaikan si nureen yg gagah perkasa 2 pun boleh terjebak. Adik dia la yg mengajar cara2 nak mainnye. Sampaikan aku pun terpaksa terjebak jugak. Aku pulak yg kena petik buah2 si nureen ni. Kalau lambat pokok2 2 layu katanya. Aku pun tolong la petik. Dah tolong petik disuruhnye plak tanam pokok lain. Ishh byk pulak cekadaknye.  

Aku pun main game fb jugak. Tapi aku main pool. HAHA. Aku terjebak pun gara2 member aku, ameer shaukad. Aku pun try la main. Dah skali main best la pulak. Sebelum ni main pool kt games online je. Best. Tp masih tak dapat challenge ameer. Tape2. Tgu la aku terror nanti.!

Sekarang aku dah jatuh hati dengan permainan baru iaitu chess . mula2 aku tak berkenan langsung dengan chess ni. Entah apa2 laa. Main DAM lg syok. Aku terjebak pun bila nureen ajak main. Aku yg tak reti main ni pun main la sampai diperbodohkan oleh nureen. Mentang2 aku tak reti main.! Sambil main tu dia ajar aku cara2 nak main. Kuda jalan mcm mne. Queen makan mcm mne. Castle lalu ikut mane. Main sekali mcm best plak. Bila aku ajak dia lawan lagi dia tak nak. Dia ckp tak best main dengan aku. Sebab aku tak reti main. Kurang ajar punya statement. Semenjak itu aku bertekad nk master main chess. Malam 2 aku terus main. Sampai 20 kali aku main. Tapi asek kalah je. Main punya main. Main lg. lagi. Lagi dan lagi. Sehinggalah aku menang buat kali pertamanya. ! bangga sekejap! Skrg aku main dah 10 kali asek SERI je. Asal aku nk menang je keluar stalemate, the game is a draw. Dah kalah, kalah je la. Tak nak kalah betul la computer ni.!





motif gambar ni : saja nak tunjuk kt nureen. bukti aku pernah menang! HAHA






p/s: kalau kita terus dan terus berusaha, segalanya tidak mustahil. Pasti Berjaya. Sudah terbukti.!

Thursday, November 10, 2011

kau si garang.


bila la aku dapat jumpa kau kt sini?

kau asek busy dengan pelapis kau tu je.

dah lama glerr tak jumpa kau nabilahhhhhh...!!


ak ingat lg, 

aku ada 5 adikkk!! adik ak yg mana satu?

Monday, October 31, 2011

apa erti kawan

aku kenal kau akhir sem lepas. kenal besa2 je. sembang2. gelak2. walaupun aku kenal kau tak sampai setahun pun. tapi kau ok. baik. haha. 

nama: nureen kama
nama manja: nenek muscle
hobi: mengencing owg
kerjaya: kawad 24jam
saiz lenggan: besar ooo.. xxxxxxxL
hobi masa terbuang : potpetpotpet.



KAWAN

disalah ertikan oleh sesetengah owg.

rapat
naik moto bersama
saling berbalas msg
saling bercerita

BUKAN BERMASUD KAMI BERCINTA!


p/s: people stop talking nonsense!! 




Wednesday, October 26, 2011

RnR tepi highway

‘This word I never say to you. But this word easy I said to people around me. But difficult said to you.
Now I want say it.’

                                   
Aku tak tau la aku dengan kau ni sampai bila. Maksud aku sampai bila kita boleh macam ni.

Kadang2 aku pun pikir macam 2. Aku sendiri dah puas rasa sume 2. Walaupun mungkin suatu hari nanti sume ni jd kenyataan, walaupun kita tak lg berjumpa, tidak lg berbalas msg, tidak lg bergelak ketawa, cukuplah kau simpan aku didalam hati kau.

Teringat suatu masa lalu,

Aku saja ajak keluar sama2 mcm ni, manalah tau kita tak boleh macam ni lg nanti.

Bila aku pergi tempat 2 balik, aku teringat ayat yg aku pernah cakap dulu. Aku pikir2 balik, semua 2 jd kenyataan. Tak sangka ianya jadi kenyataan. Takdir tuhan. Tak siapa yg tahu.



p/s:  mfkan aku. Bercerita tentang kawan kau. Aku tau kau tak suka . tp ini kenyataan. Utk kebaikan dia jgk. 

ego lebih drpd perasaan


Bukan membenci, jauh sekali bermusuhan. Tapi sedarlah, fahamilah, aku juga manusia. Aku juga punya perasaan. Sampai bila kau mahu begini? Sampai bila kau harus macam ni?

Sabar.   Sabar.

Sekali dua mmg masih boleh sabar. Tapi sampai bila?

Sampai bila hati kecil ini perlu tenangkan hati sendiri menyatakan sabar itu. Sedangkan ianya masih berulang. Sampai bila aku boleh sabar?

Benar. Aku akui, tiada manusia yg sempurna. Aku juga manusia. Aku juga tidak sempurna. Aku tak harapkan untuk kau menjadi sempurna. Cukuplah kau mengerti aku ini manusia punya perasaan. Aku bukan seperti patung MCDonal itu.

Thursday, September 29, 2011

#presentation IBS



Segala2nya bermula apabila timbul tanda tanya sama ada reinforce itu sejenis IBS atau tidak. Ada yg cakap TIDAK, dan ada yg cakap YE. Habis segala owg yg aku kenal aku tanya. Member aku sem3. Sampai abg sebelah umh pn kteowg g tanya. Last2 tanya che an sendiri. Dan jawapannya TIDAK. Terdiam terkaku sebentar. Model dah dipotong. Nasib baik tak banyak yg dah potong. Kalau dlm situasi mcm ni aku paling malas nk tgk muka si yana ni. Muka mintak penampar 20 kali tanpa henti..!

Aku apa lagi.. start enjin moto terus kua. G lepak umh nureen. Sembang2. Dah agak2 reda ckt baru aku balik. Malam 2 jgk la cari bangunan baru. Malam 2 jgk la buat model, report dan power point. malam 2 jgk la beli barang2. Semuanya kerana pekataan reinforce.!  Padahal benda  ni kteowg dah plan dari awal lg. dan dah bermacam2 bangunan yg ditukar. Akhirnya jadilah  keje last minutes !

Sowg buat report. Sowg buat power point. yg lain buat model. Habis lintang pukang satu umah. Bersepah2. Pkul5 pg, kteowg dah surrender. Dah tak larat. Dah ting tong. Esoknya terpaksa ponteng kelas mechanics. Masing2 dah pikir mana nak cari MC. Aku ingat aku satu group je yg ponteng. Rupa2nya hampir semua tak dtg. 3 owg je yg dtg kelas.

Dengan masuk kelas lambatnya. Macam2lah. Berlari2 panjat bukit naik ke kelas. Masuk2 kelas je ada plak penilai lain selain che an. Adoii… bertambah2  nervous aku.! Yg aku dgn sakit perutnya. Yg si yana asek2 pgl aku sambil tunjuk tgn dia yg mengeletar. Sampaikan yana prezen banggunan 2 mengeletar jgk. aku yg duduk sebelah ni pun berpeluh2. Lepas prezen sume2 2 che an ckp ok good. Good? Biar betik?

Akhirnya che an buat ulasan. Dan kumpulan kteowg antara dua kumpulan yg terbaik drpd 5 kumpulan.
Fuhhhh… tak sia2 semuanya. Tak sia2 tdo 5 pg. tak sia2 usaha kteowg. Terutama skali usaha yana. Bersungguh2 dia nak buat benda ni. 


alhamdulillah.
 bersepah2.. bahan di merata2.



hasilnya. 

walaupun tak seberapa. kami tetap bangga dgn hasil kerja kami.

usaha kami.

yana.ainina.suhada.syuhada.nap.aku.




Sunday, September 25, 2011

kawan senyum, kawan ketawa




Tibe2 aku teringat kejadian beberapa minggu lepas. Kelas yg sepatutnya tiada, diada-adakan. Sampai je di kelas. Aku pelik, kenapa yg lain tak ada. Selalunya wakil kelas adalah owg yg terawal sampai. Tp hari 2 wakil kelas tak ada lg. merasa ditipu mula mengguasai fikiran. Aku cuba menalifon member2 yg lain. Tetapi tidak diangkat. Mungkin dowg otw. Sehinggalah aku terfikir mahu menalifon seowg lagi. Panggilan pertama tidak diangkat. Aku tak puas hati. Dan kali kedua diangkat. Aku terus tanya tak g kelas ke? Dan soalan aku tak dijawab. Sebaliknya soalan aku dibalas soalan drpdnya. Soalan aku dijawab berdalih2. Aku mula benggang. Setelah beberapa lama, setelah didesak, barulah sidia membuat statement bahawa, kelas pada petang itu tiada. Persoalan kenapa sidia sahaja wakil perempuan yg tahu. Dan kenapa sidia tak bg tahu kepada yg lain2. Aku mula benggang yg teramat sgt. Terus terang aku cakap, selama ni owg sekeling aku bercakap tentang kau, aku hanya mendengar. Dowg benggang dengan kau dan macam2 yg aku dengar. Aku tak pernah rasa betapa benggang dengan kau macam mana dowg rasa. Mungkin kau tak sedar, kau pernah halau aku dari meja lukisan kau dulu. Mungkin ayat kau tak secara terangan. Tapi yg pasti kau menyuruh aku pergi dari meja lukisan kau. Aku tengak muka kau. Kau tekun menghabiskan lukisan kau. Aku senyum dan pergi dari meja kau. Kau tahu kenapa aku senyum? Aku terfikir, mungkin ini salah satu sebabnya yg lain mengata kau. Waktu 2 aku tak kecik hati langsung. Waktu 2, semua owg memerlukan pertolongan kau sehingga kau tak ada masa nak buat kerja sendiri. Aku tau kau tension berkeadaan begitu. Kalau aku di tempat kau pun aku akan rasa benda yg sama.


Berbalik kepada cerita pertama td.
Terus terang aku cakap, buat pertama kalinya aku bengang dengan kau. Pagi 2 kelas cancel, aku msg kau bg tahu. Tp petang tak ada kelas, langsung tak bg tahu aku. Pagi 2 aku sendiri lambat dapat tahu. Aku betul2 depan pintu masuk poli, baru aku dapat msg. dan aku tak tahu waktuitu samaada kau dah berada di kelas atau tidak. 


Dan sekarang. Anggaplah semuanya tak pernah berlaku. Manusia tetap lakukan kesalahan.



p/s: kawan waktu senang, Kawan ketawa,kawan gembira mmg banyak. Bersepah2. Boleh dapat dimana2. Kawan waktu susah, kawan menangis mmg susah nak dapat. Tak dijual dimana2. Beruntunglah siapa yg memperolehinya. Bukan tidak ikhlas,jauh sekali mengungkit. Aku akan dicari apabila mereka memerlukan pertolongan.aku akan dicari apabila mereka susah. Tapi, apabila aku memerlukan pertolongan. Tiada siapa disisi.

Friday, September 23, 2011

kau jaga diri

dulu dia lain. dia tak macam ni dulu. dia lain. sungguh berbeza.


dia tak macam ni dulu. tapi kenapa sekarang dia berubah?


sedikit sebanyak aku rasa teramat bersalah. aku tertanya2 sendiri. sebab aku ke? sebab aku buat kau macam 2 ke? dulu, dia akan bercerita pada aku apa sahaja. apa yg dia ingin luahkan. apa yg dia rasa. apa yg merungsingkan dia. apa yg dia pikir. apa yg bersarang dalam fikiran disebalik senyumannya, ketawanya.. tapi itu dulu. 2 3 bulan yg lepas. sekarang tidak lagi. aku sendiri tak tahu apa yg aku buat padanya. yg pasti itu bukan  niat aku. bukan niat aku.

aku bukan siapa2. tolong jgn hancurkan hidup sendiri apabila hilang kawan macam aku. aku tetap anggap kau kawan aku. cuma kita tak boleh seperti dahulu. tolong jangan tanya aku kenapa. aku sendiri tiada jawapannya.


aku sendiri tak tahu bila penghujungnya. apa akhirnya. aku tiada jawapannya.

Tuesday, September 20, 2011

raya tak jadi yg tah pape jdnye


tak tau la tang mana yg bestnye. 

aaahhhh yg penting membazir 11henget aku..!!

Saturday, September 17, 2011

IMTSM





omg
i miss them so much!

tasa don't leave me alone.

plss.



i was really2 sorry for what happened before this. 





i love the way you are.


p/s:btw. keep smiling and be strong ! even i'm not your friend anymore.
you all always in my heart. trust me.pls.only this time.

Friday, September 9, 2011

mati akal aku

Aku tak tahu kenapa benda macam ni boleh jadi. Sumpah aku tak tahu. Yg aku tahu, aku dengan dia dah tak macam dulu lagi. Aku tak boleh nak bercakap dengan dia. kalau dia bercakap dengan aku, aku mesti buat tak tahu. Aku tak tahu kenapa. Aku  tak boleh nak tgk dia.. sumpah aku sedih tgk dia. dan aku tahu dia terasa dengan tindakan aku. Aku sendiri mati akal. Sebolehnya aku nak lari dari dia. jgn biar dia bercakap dengan aku.  Kalau boleh aku Cuma nak  dia tahu yg itu bukan niat aku. Aku tak pernah rasa macam ni kt owg lain sebelum ni. Aku sendiri tak paham kenapa.!

Maafkan aku

Thursday, September 1, 2011

pompa bensin - jangan lupa namaku


cuba rasakan

play



khas untuk mereka

Seminggu sebelum aku balik raya ni aku rasa excited sgt. Tak sabar2 nk balik. Mungkin sebab dah lama aku tak balik ipoh..  entah lah. Yg pasti aku tak sabar2 nak balik. Sebelum balik ipoh aku ingat aku nak jumpa ko. Aku nak mintak maaf. Ucap selamat hari raya. Tapi tak sempat. Angan2 aku tak kesampaian.

Mungkin ada hikmahnya.









Niena, kalau ko baca ni, aku nak mintak maaf. Sepanjang kita kenal mungkin aku byk sakitkan hati ko. Walaupun kita kenal tak lama, tapi aku dah anggap ko kawan dunia akhirat aku. Ko lain dari yg lain. Ko ada keistimewaan yg tersendiri. Maafkan aku kalau aku bukan kawan yg terbaik untuk ko. Aku sedar sapa aku. Maafkan aku. Cuma satu benda yg aku nak ko tau, selama ni aku tak pernah rasa ko menyusahkan aku. Aku  tolong  apa yg termampu. Sapa2 pun di tempat aku mesti akan buat benda yg sama. Percayalah..
Maafkan aku kalau kata2 aku selama ini buat ko sakit hati. Percayalah aku tak berniat macam tu. Aku juga manusia. Punya kesalahan.

Maafkan aku.

Aku tak tau raya ko macam mana. Aku teringin nak tau. Walaupun raya aku juga tak semeriah  seperti raya owg lain. Tapi sekurang2nya aku ada kampong. Bagi aku, raya tak bermakna tanpa pulang ke kampong. Aku tak akan rasa seperti raya kalau tak pulang ke kampong. Tapi ko? Yg aku tau ko tak ada kampong. Aku teringin nak bg ko rasa ada kampong.

Niena, terima kasih jd kawan aku. Terima kasih tolong aku. Terima kasih untuk segala2nya.


Maaf kalau aku bukan kawan yg baik.





Nureen..



Tak sangka aku kawan dengan ko. Dulu aku tak kenal ko. Tak pernah bercakap dengan ko. Tapi aku selalu tgk gambar ko yg ada depan pintu tu setiap kali aku nak ketandas.. tiap kali aku tgk gambar ko mesti aku sebut nama ko dalam hati.. khainureen..

Aku kenal ko melalui niena dan bapak. Waktu aku dalam bilik niena, ko pernah dtg. Ko sembang dengan niena depan pintu. Aku tgk je cara ko bercakap. Lepas ko pergi. Aku cakap kt niena yg aku suka cara ko bercakap. Cara ko cakap macam owg matang. Suara ko. Ble aku terserempat dengan ko waktu nk ke tandas aku tgk cara ko berjalan. Badan ko lain. Ble aku dah kenal ko baru aku tau kenapa. Rupa2nya ko platun terbaik masa kt sekolah dulu. Rupa2nya ko dah biasa kawad. Patut la cara ko jalan gagah. Ble aku dengar ko menjerit. Dalam hati aku cakap suara dia ni klu bg koman pun sedap. Rupa2nya mmg itu keje ko.

Dengan ko aku mesti senyum, ketawa. Ko macam ada magic.

Aku suka kacau ko. Aku tak tau kenapa, tp aku senang nk masuk dgn ko. Kita kenal tak lama pun kan. Bila dah duduk luar ni byk masa kita lepak sama2.

Sampai skrg aku ingat kata2 ko. Waktu mula2 nina tak ada dulu.
Dekna, ko kena ceriakan aku, boleh?.

Yelaa..

Terima kasih dekna. Terima kasih bapak..!

Bila aku tak boleh jawab test math. Aku msg dia. dia tnya kenapa. Aku jawab nina tak ajar.
Dia jawab, ko jgn macam ni. Nina ada,bukan dia tak ada. Cuma dia tak boleh nak ajar ko lg je..

Bergenang bijik mata aku.

Nureen, terima kasih jd kawan aku. Mfkan aku kalau aku bukan kawan yg baik.





 bapak,




Aku ingat lagi. Waktu 2 petang, lepas nina msg ckp confirm dia berhenti aku terus menangis. Tbe2 bapak masuk bilik. Aku bg tau dia. aku tgh menangis ni. Aku tanya dia. weh, ko tak sedih ke? Waktu 2 aku mmg dah tak pikir malu menangis. Tp dia mcm tak ada perasaan.

Walaupun dia mcm tak ada perasaan, dalaman tak siapa yg tahu. Mungkin satu masa dulu dia dah puas menangis. Dah puas rasa perit dalam hati. Dah puas bersedih. Mungkin dulu penderitaan dia lebih teruk sehingga tak ada yg mampu menggusik hati dan perasaan dia. mungkin..

Aku tak tau kenapa ko suka sgt aku kenyit mata kt ko waktu ustazah ada kt depan. Mungkin dia tak pernah tgk aku buat mcm 2. Mungkin.  Dan aku bukan owg yg macam itu.


Mfkan aku kalau aku bukan kawan yg baik. Tak perlu jga hati aku. Bukan aku sombong. Tp aku tak perlukan simpati.




Waktu aku tgh taip ini sume, aku teringat balik waktu pertama kali jejakkan kaki di psas dan sehinggalah hari terakhir kita sama2 kt sana. Aku terpikir sendiri, kalau aku tak ada kowg sume. Sapalah kawan aku. Sapalah yg aku ada. Kalau aku tak ada kowg mungkin dah lama aku buat keputusan mcm nina buat skrg. Kowg sume semangat aku. Kalau kowg tak ada aku tak tau mcm mana hidup aku kt sana.

Kadang2 aku pikir kalau aku tak ada, ingat ke kowg kt aku. Bila aku kt ipoh aku ada sowg kawan. Bila aku balik dia keja. Bila dia tak ada aku tak tau nak ajak sapa kua. Aku tak ramai kawan. Kalau aku tak ada cuba satu je aku mintak. Aku tak nak buat kowg kuarkan air mata lg. jgn ngs. Mungkin ada hikmahnya. Aku syg kowg suma. Aku syg kawan2 aku.






Nrhd/31ogos11