Aku tak tau la apsal member2 aku suka sgt main game tukar2 baju, tanam2 pokok siap berkebun lg kt dalam fb tu. Mcm mne la boleh terjebak dengan game2 yg mcm 2. Tade ke game yg adventure sikit.? Sampaikan si nureen yg gagah perkasa 2 pun boleh terjebak. Adik dia la yg mengajar cara2 nak mainnye. Sampaikan aku pun terpaksa terjebak jugak. Aku pulak yg kena petik buah2 si nureen ni. Kalau lambat pokok2 2 layu katanya. Aku pun tolong la petik. Dah tolong petik disuruhnye plak tanam pokok lain. Ishh byk pulak cekadaknye.
Aku pun main game fb jugak. Tapi aku main pool. HAHA. Aku terjebak pun gara2 member aku, ameer shaukad. Aku pun try la main. Dah skali main best la pulak. Sebelum ni main pool kt games online je. Best. Tp masih tak dapat challenge ameer. Tape2. Tgu la aku terror nanti.!
Sekarang aku dah jatuh hati dengan permainan baru iaitu chess . mula2 aku tak berkenan langsung dengan chess ni. Entah apa2 laa. Main DAM lg syok. Aku terjebak pun bila nureen ajak main. Aku yg tak reti main ni pun main la sampai diperbodohkan oleh nureen. Mentang2 aku tak reti main.! Sambil main tu dia ajar aku cara2 nak main. Kuda jalan mcm mne. Queen makan mcm mne. Castle lalu ikut mane. Main sekali mcm best plak. Bila aku ajak dia lawan lagi dia tak nak. Dia ckp tak best main dengan aku. Sebab aku tak reti main. Kurang ajar punya statement. Semenjak itu aku bertekad nk master main chess. Malam 2 aku terus main. Sampai 20 kali aku main. Tapi asek kalah je. Main punya main. Main lg. lagi. Lagi dan lagi. Sehinggalah aku menang buat kali pertamanya. ! bangga sekejap! Skrg aku main dah 10 kali asek SERI je. Asal aku nk menang je keluar stalemate, the game is a draw. Dah kalah, kalah je la. Tak nak kalah betul la computer ni.!
motif gambar ni : saja nak tunjuk kt nureen. bukti aku pernah menang! HAHA
p/s: kalau kita terus dan terus berusaha, segalanya tidak mustahil. Pasti Berjaya. Sudah terbukti.!

TEGARU AKU.. ADUHH..
ReplyDeletehaha..apsal plak..ak lepuk jgk kmu ni krg
ReplyDelete